Anak Rembau
Ketika saya berada di Perpustakaan Awam Rembau, lebih kurang jam 11 pagi saya menerima panggilan telefon. Saya dimaklumkan bahawa Pakcik Aziz, Lubuk Cina telah meninggal dunia pada jam 10 malam tadi.


Pakcik Aziz merupakan ayah sahabat saya ketika zaman sekolah. Beliau terlibat di dalam proses menurunkan bendera Union Jack pada malam kemerdekaan, 30hb Ogos 1957 di Padang Merdeka. 

Cerita lanjut boleh layari di sini : The Unsung Heroes

-------------------------------

Sehingga kini pihak LMNS gagal menemubual Pakcik Aziz. Hanya disebabkan oleh seorang Penolong Kurator LMNS yang tidak mahu menjalankan temubual tersebut. Alasan yang diberikan ialah nama Pakcik Aziz tiada di Arkib Negara. Saya tidak faham bagaimana cara Penolong Kurator ini berfikir. Atau beliau tidak mengetahui bagaimana Arkib Negara berfungsi. Arkib Negara hanya menyimpan sesuatu dokumen sekiranya diserahkan oleh pemilik dokumen. Jika tiada yang menyerahnya, bermakna tiadalah maklumat mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku. Lebih mengecewakan Penolong Kurator tersebut hanya hubungi Arkib Negara melalui telefon, bukan pergi ke Arkib Negara.

Kini Pakcik Aziz telah kembali ke rahmatullah. Ia merupakan satu kerugian generasi yang akan datang bagi memahami dan mengetahui sejarah kemerdekaan negara kita, Malaysia, yang tercinta. Alangkah ruginya kita......

-------------------------
Kita seringkali gagal mendokumenkan setiap peristiwa bersejarah terutamanya yang melibatkan anak-anak Negeri Sembilan. YB Dato' Mohd Razi Kail selaku Exco yang menjaga portfolio warisan dan YB Dato' Setiusaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi LMNS harus memantau lebih dekat apa yang berlaku di LMNS. Pengarah LMNS jangan hanya bermesyuarat tetapi tiada tindakan yang diambil. Buat kaki-kaki bodek Pengarah LMNS, silalah berubah kerana sikap kalian menyebabkan LMNS tidak dapat berfungsi dengan baik dan lancar. Tindakan anda menyebabkan nama baik LMNS terjejas dan diperlekehkan oleh orang ramai.


AL-FATIHAH..........
Anak Rembau
Agak lama saya tidak menulis. Saya sedang membuat kajian mengenai Naning, Rembau, Sungai Ujong, Pagaruyung dan anak-anak raja yang datang ke Negeri Sembilan. Saya akui memang banyak maklumat yang baru dan kontroversi jika dikeluarkan. Apa yang akan saya paparkan di sini hanya sekadar membuka minda pembaca dan juga pihak yang berkenaan.

Sebenarnya tidak banyak buku mengenai sejarah Negeri Sembilan yang ditulis secara terperinci. Banyak penulis hanya tertumpu kepada Adat Perpatih sehingga menyebabkan Negeri Sembilan hanya dikenali dari segi adatnya sahaja. Hanya beberapa orang penulis yang aktif menulis mengenai sejarah Negeri Sembilan seperti Allahyarham Tan Sri Samad Idris, Allahyarham Prof Dr. Norhalim Ibrahim, Allahyarham Dharmala NS dan Allahyarham Dato' Ismail Hadi. Buku yang sering dijadikan rujukan oleh pengkaji dan pelajar untuk mengetahui sejarah Negeri Sembilan adalah "Payung Terkembang" tulisan Allahyarham Tan Sri Samad Idris. Buku ini telah menimbulkan banyak kontroversi sehingga mendapat bantahan daripada beberapa pihak di Pagaruyung dan Buo.

Saya tidak menafikan buku ini memang terdapat beberapa fakta yang menimbulkan kontroversi dan kekeliruan terutamanya berkenaan gambar Yamtuan Antah. Sebelum saya menerangkan kekeliruan tersebut, saya ingin tegaskan bahawa apa yang saya kemukakan ini bertujuan untuk membuka minda pembaca dan pihak yang berkenaan.

--------------------------------
Menurut buku "Payung Terkembang" dua gambar di bawah (Gambar 1 dan Gambar 2) adalah merupakan gambar Yamtuan Antah.

Gambar 1

Gambar 2


Berdasarkan keterangan, kedua-dua gambar ini diambil dalam tahun 1874 atau 1875 ketika Yamtuan Antah berada di Singapura.

--------------------------

Cuba lihat Gambar 3 dan Gambar 4 terutamanya individu yang ditanda no. 1, 2, 1a & 2a. Kedua-dua gambar ini merupakan gambar yang sama.


 Gambar 3


 Gambar 4

Menurut catatan rekod yang tersimpan di NAS, gambar ini diambil pada 6hb Januari 1886. Saya difahamkan, terdapat gambar yang sama disimpan di Arkib Negara bertarikh 27hb Jun 1887. Berdasarkan pembacaan dan pemerhatian saya, terdapat juga maklumat yang diberikan oleh keluarga Sultan Hussein yang menyatakan gambar ini bertarikh 6hb Jun 1887 di Stamford Raffles Statue. Maklumat yang saya perolehi dan baca, individu 1 & 1a adalah Tengku Alam Shah juga dikenali sebagai Sultan Alauddin Alam Shah manakala individu 2 & 2a adalah Panglima Antah, panglima Sultan Alauddin Alam Shah. Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa individu 2 & 2a adalah Yamtuan Antah.

Saya dapati mungkin terdapat sedikit kekeliruan keterangan mengenai kedua-dua gambar ini. Ia tidak menjadi masalah di mana ia masih boleh diperhalusi dan dikaji secara terperinci. Perkara yang menjadi persoalan saya bagaimana dan kenapa Gambar 1 dan Gambar 2 dikatakan gambar Yamtuan Antah. Amat pelik apabila Gambar 1 dan Gambar 2 dianggap sebagai dua gambar yang berbeza sedangkan kedua-dua gambar ini diambil atau diedit daripada gambar yang sama iaitu Gambar 3 dan Gambar 4. Bandingkan dengan teliti. Lihat persamaannya dan perbezaannya.

-------------------------------
Apa jua kekeliruan yang terdapat buku "Payung Terkembang", buku ini masih lagi boleh dijadikan panduan dan sumber rujukan bagi memahami sejarah Negeri Sembilan. Bukan tujuan saya untuk mengubah atau mengacau sejarah Negeri Sembilan. Saya memegang dasar asas yang dipegang oleh pengkaji dan penyelidik. Kajian dahulu adalah benar pada ketika kajian tersebut dijalankan. Kajian sekarang adalah bertujuan untuk penambahbaikan terhadap kajian yang terdahulu. Sekiranya terdapat kekurangan atau kesilapan adalah kewajipan pengkaji sekarang membetulkannya agar generasi akan datang terus tertipu dan keliru dengan maklumat yang ada. Saya yakin jika bukan saya yang menemuinya pasti akan ada orang lain yang menemuinya kelak.

Sejarah Negeri Sembilan banyak yang tidak dibukukan dan dilakukan dengan teratur oleh pihak-pihak yang berkenaan. Seharusnya kajian sejarah Negeri Sembilan perlu dilibatkan semua pihak termasuk pihak arkeologi bagi memartabatkan warisan sejarah Negeri Sembilan. Agak dikesali apabila terdapat usaha-usaha yang menolak pihak arkeologi turut serta di dalam kajian di Negeri Sembilan. Kita harus berfikiran terbuka di dalam apa jua keadaan di samping menerima apa jua keputusan yang diperolehi. Kadangkala kita hanya pandai berkata-kata dengan ucapan, perumpamaan dan perbilangan sehingga apa yang diucapkan tidak sama dengan apa yang dilakukan. Inilah masalah yang berlaku di Negeri Sembilan.

APAKAH YANG DICARI? NAMA...? KEDUDUKAN....? ATAU ...PANGKAT.....?..FIKIR-FIKIRKANLAH.....!!!!!!

____________________________

HANYA ORANG YANG BIJAK MENULIS SEJARAHNYA. BUKAN ORANG YANG BERKUASA KERANA ORANG YANG BERKUASA BELUM TENTU BIJAK DI DALAM MEMARTABATKAN DIRINYA.

Anak Rembau
Tunku Besar Seri Menanti, adik sertai ekspedisi

SERI MENANTI - Anakanda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan adiknya, Tunku Zain Al-Abidin berjalan kaki meredah hutan sejauh dua kilometer untuk melawat tapak bersejarah Bukit Tunggal, Jumbang di sini.

Mereka berdua yang berpakaian ringkas dengan but kulit paras betis mendaki bukit setinggi 262 meter dari aras laut selama hampir sejam sebelum tiba ke Jeram Jumbang yang dikatakan pernah menjadi persinggahan Raja Melewar ketika datang ke sini hampir tiga abad yang lalu.

Ekspedisi itu turut disertai kira-kira 30 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Perhutanan, Tourism Malaysia dan Lembaga Muzium Negeri Sembilan selain polis dan bomba. 

Ketua ekspedisi, Dr Pauzi Abdul Latiff yang juga Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang bertanggungjwab menemui tapak itu pada 2009 berkata, lawatan mereka berdua memberi harapan lokasi itu dijadikan tapak warisan bersejarah di negeri ini.

"Tunku Ali Redhauddin tertarik dengan penemuan ini ketika melihat pameran fotografi pelajar UPM di Istana Lama Seri Menanti sempena Hari Keputeraan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir ke 64, Januari lalu dan menyuarakan hasrat untuk melawat. Hari in (semalam) kita gembira kerana hasratnya dapat ditunaikan dan selepas melihat peinggalan sejarah itu, beliau mahukan ia dipelihara sebagai tapak warisan, pelancongan dan rekreasi," katanya pada sidang media di sini.

Turut mengikuti ekspedisi itu, Pengarah LMNS, Shamsudin Ahmad.

Pada 1 Ogos tahun lalu, akhbar melaporkan penemuan tapak penempatan purba itu dipercayai antara paling lengkap di negeri ini dengan natara artifak ditemui termasuk bekas tapak kaki manusia dan batu giling pada batu.

Berbeza dengan artifak sedia ada yang agak terhad di negeri ini seperti batu megalith, penempatan ini lengkap dengan pelbagai artifak dibuat menggunakan batu sungai di situ. Selain itu, antara artifak menunjukkan kewujudan penempatan di situ termasuk batu hampar yang unik kerana mempunyai dua batu kecil di bawah sebagai alas supaya rata.

Sementara itu. Shamsudin berkata, kajian lanjut akan dilakukan pihaknya untuk mendapat maklumat lebih mendalam mengenai tapak berkenaan.

Sumber : Berita Harian - 5hb Mac 2012





---------------------------------------
Bukit Tunggal dipelihara sebagai tapak warisan

KUALA PILAH 5 Mac - Komitmen yang tinggi terserlah pada wajah anakanda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan adiknya Tunku Zain Al-Abidin ketika berjalan kaki meredah belantara sejauh hampir dua kilometer melawat tapak bersejarah di Bukit Tunggal, Jumbang dekat sini.

"Kedua-dua putera Tuanku Muhriz Tuanku Munawir itu, bukan sahaja tidak menunjukkankepenatnan sebaliknya dengan berpakaian ringkas serta but berjaya mendaki bukit setinggi 262 meter dari paras laut selama hampir sejam sebelum tiba di Jeram Jumbang. 

Jeram tersebut pernah menjadi persinggahan Raja Melewar ketiaka datang ke sini, hampir tiga dekad yang lalu.

Ekspedisi yang diatur itu bertujuan memperlihatkan kesan peninggalan sejarah serta kewujudan penempatan manusia selain penemuan artifak termasuklah tapak kaki manusia dan batu giling pada batu. 

Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Pauzi Abdul Latiff yang menemui tapak berkenaan sekitar 2009 memberitahu, lawatan kedua-dua putera Diraja Negeri Sembilan  itu membuka harapan untuk menjadikan tapak ini sebagai satu lagi warisan sejarah di negeri ini.

"Tunku Ali Redhauddin tertarik dengan penemuan ini ketika melihat pameran fotografi pelajar UPM di Istana Lama Seri Menanti sempenan Hari Keputeraan ayahandanya Januari lalu dan menyatakan hasrat untuk melawat ke lokasi tersebut. Alhamdulillah hajat kedua-dua putera Tuanku Muhriz ini dapat ditunaikan dan selepas lawatan yang disertai itu, mereka mahu kawasan itu dipelihara sebagai tapak warisan, pelancongan dan rekreasi," katanya.

Antara artifak yang ditemui termasuklah batu hampar yang unik kerana mempunyai dua batu kecil di bawah sebagai alas supaya rata. Selain itu, turut ditemui adalah sebuah batu yang tinggi dipercayai menjadi tempat bertapa pula mempunyai tempai takik untuk memanjat manakala batu lain mempunyai kesan meletak lembing.

Ekspedisi ini turut disertai kira-kira 30 pegawai dan kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri, Tourism Malaysia dan Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS).

Sumber : Utusan Malaysia - 6hb Mac 2012


------------------------------------------------

Ulasan 


Terlebih dahulu saya mohon maaf kerana telah lama tidak mengemaskini blog Nagari Nan Tuo. Saya agak sibuk menyelesaikan beberapa tugasan. Saya tidak mahu memberi ulasan terperinci mengenai isu Jumbang. Semua persoalan mengenai Jumbang telah saya tulis sebelum ini .

  1. Pemburu Makam
  2. Pemburu Makam 2 
  3. Pemburu Makam 3
  4. Pemburu Makam 4

Sekadar satu persoalan...saya difahamkan sekiranya sesuatu warisan sama ada dalam bentuk warisan ketara mahupun warisan tidak ketara, ia berada di bidang kuasa Jabatan Warisan Negara. Saya agak pelik kenapa tidak dilibatkan bidang arkeologi di dalam ekspedisi ini. Saya yakin sekiranya pihak arkeologi dilibatkan di dalam ekspedisi ini ia akan memudahkan urusan untuk mewartakan kawasan ini sebagai warisan.

Anak Rembau
SENARAI PENYANDANG PESAKA LUAK JELEBU


YTM DATO' UNDANG LUAK JELEBU


Gelaran            : YTM Dato’ Mendika Akhirul Zaman
Penyandang      : Dato’ Haji Musa bin Wahab, DTNS, PJK
Jawatan            : Undang Luak Jelebu



TIANG BALAI UNDANG (DATO' LEMBAGA DELAPAN)

Gelaran            : Dato’ Nika Menteri Sah Mangku Alam Raja Sari
Penyandang      : Haji Mat Tarmizi bin Selamat, ANS, PNS, PJK
Suku                : Biduanda Waris Negeri


Gelaran            : Dato’ Ombi Pangkal Maharaja Lela
Penyandang      : Kadin bin Kidam, PMC, PJK
Suku                : Biduanda Waris Negeri


Gelaran            : Dato’ Mengiang Merah Bangsa
Penyandang      : Haji Yaakob bin Yusof, PJK, PKL
Suku                : Mungkal


Gelaran            : Dato’ Cincang Pangkal Maharaja Lela
Penyandang      : Zulkafli bin Jailani, PJK
Suku                : Tanah Datar


Gelaran            : Dato’ Senara Angsa   
Penyandang      : Haji Rosly bin Mohd Zain, PMC
Suku                : Batu Belang


Gelaran            : Dato’ Raja Balang
Penyandang      : Norhairizan bin Haji Abd Mokti, PMC
Suku                : Biduanda Waris Berundang


Gelaran            : Dato’ Raja Penghulu
Penyandang      : Suhaimi bin Mohd Rais, PJK
Suku                : Biduanda Waris Berundang


Gelaran            : Dato’ Maharaja Inda
Penyandang      : Darus bin Dusak, PMC
Suku                : Biduanda Waris Berundang


ORANG BESAR UNDANG LUAK

Gelaran            : Dato’ Amar Penghulu
Penyandang      : Haji Abd Hamid bin Ismail
Suku                : Biduanda Hulu Klawang (Waris Tanjung Berangan)


Gelaran            : Dato’ Shahbandar
Penyandang      : Mohd Rathi bin Haji Shamsuddin, PMC
Suku                : Mungkal II (Pucuk Bulat Waris Di Air Tumpuan Segala Dagang)




Anak Rembau
Saya selaku Penolong Setiausaha Jawatankuasa Penaja Yayasan Adat Dan Warisan Negeri Sembilan menjemput semua pembaca Nagari Nan Tuo terutamanya anak-anak Negeri Sembilan dan mana-mana individu yang berminat menghadiri Mesyuarat Agung Penubuhan.

Tarikh : 2hb Februari 2012 (Khamis)
Masa : 8.45 pagi
Tempat : Bilik Seminar, Lembaga Muzium Negeri Sembilan
Perasmian : YB Dato' Haji Mohd Razi bin Haji Kail, Pengerusi J/kuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu.


Agenda Mesyuarat :

8.45 pagi
- Pendaftaran ahli

9.00 pagi
- Ketibaan YB Dato' Haji Mohd Razi bin Haji Kail, Pengerusi J/kuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu.

9.10 pagi
- Aluan Pengacara Majlis
- Bacaan Doa
- Aluan Dato' Haji Sudin bin Kamari, Pengerusi J/kuasa Penaja
- Ucapan Perasmian oleh YB Dato' Haji Mohd Razi bin Kail
- Minuman Ringan


MESYUARAT BERMULA

- Melantik Pengerusi Mesyuarat
- Menerima dan meluluskan perlembagaan Yayasan
- Melantik Jawatankuasa sesi 2012/2014
  • Pengerusi
  • Naib Pengerusi
  • Setiausaha
  • Penolong Setiausaha
  • Bendahari
  • Ahli Jawatankuasa
  • Juru Audit
- Ucapan Penangguhan

11.30 pagi
- Bersurai



Keahlian terbuka kepada sesiapa yang berminat. Kehadiran tuan/puan amat dihargai. Semoga usaha untuk memartabatkan Adat dan Warisan Negeri Sembilan akan berjaya.


Anak Rembau
SENARAI PENYANDANG PESAKA LUAK INAS (LUAK TANAH MENGANDONG)


PENGHULU LUAK INAS

Gelaran            : Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Walat Kuala Dioh
Penyandang      : Mohd Yusof bin Bador
Suku                : Biduanda Waris



Dato’-Dato’ Lembaga Luak Inas

1.      Gelaran                  : Dato’ Bentara Betina
Penyandang            : Saenah binti Ahmad
Suku                      : Biduanda Waris


2.      Gelaran                  : Dato’ Bentara Jantan
Penyandang            : Baharuddin bin Mohamad Noor
Suku                      : Biduanda Waris


3.      Gelaran                  : Dato’ Baginda Maharaja
Penyandang            : Mohd Yusof bin Yasin
Suku                      : Seri Lemak Pahang


4.      Gelaran                  : Dato’ Andika
Penyandang            : Alias bin Haji Yatim
Suku                      : Seri Melenggang


5.      Gelaran                  : Dato’ Setia Raja
Penyandang            : Rasid bin Ishak
Suku                      : Biduanda Chenerong


6.      Gelaran                  : Dato’ Baginda Raja
Penyandang            : Alias bin Hjai Lahum
Suku                      : Biduanda Buah Petai


7.      Gelaran                  : Dato’ Menteri
Penyandang            : Mansor bin Suboh
Suku                      : Biduanda Kuala Punggor


8.      Gelaran                  : Dato’ Bangsa Balang
Penyandang            : Md Idris bin Awi
Suku                      : Tiga Nenek


9.      Gelaran                  : Dato’ Panglima Putih
Penyandang            : Che Wan Dhalan bin Buyong
Suku                      : Seri Melenggang


10.  Gelaran                  : Dato’ Panglima Hitam
Penyandang            : Ramli bin Kochin
Suku                      : Biduanda Chendrong

--------------------------------------




Judul : Sistem Sosial Adat Perpatih Di Luak Inas
Penerbit : Lembaga Muzium Negeri Sembilan
Mukasurat : 63


Buku ini menerangkan bagaimana sistem pentadbiran di Luak Inas dan Adat Perpatih yang diamalkan di Luak Inas. Ia juga menerangkan sejarah mengenai Luak Inas dan suku-suku yang ada di Luak Inas.

KANDUNGAN

- Apa Yang Dikatakan Adat
- Senarai Ketua Adat
- Asal Zahirnya Luak Tanah Mengandong
- Asal Nama Luak Inas
- Sejarah Luak Inas
- Penghulu Luak Inas
- Kuasa dan Pentadbiran
- Pelantikan Dato' Bentara Jantan
- Dato' Bentara Betina
- Lembaga Tiang Balai
- Suku Seri Lemak Pahang . Minangkabau
- Suku Biduanda Buah Petai
- Suku Biduanda Chenerong
- Suku Seri Melenggang
- Suku Biduanda Kuala Punggor
- Suku Tiga Nenek / Tiga Batu
- Turun Dari Istana Yang Tinggi
- Juak-Juak Hulubalang
- Senarai Buapak Tiga Carak
- Penutup



Sesiapa yang berminat untuk medapatkan buku ini, sila isi borang pesanan untuk tempahan.


Harga : RM20.00
Anak Rembau

Kami, Nagari Nan Tuo merafak sembah Ke Bawah Duli Yang Di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sempena Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Tuanku yang ke 64.

Semoga Allah merahmati pemerintahan Ke Bawah Duli Tuanku dan Tunku Ampuan Besar.

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!
Anak Rembau
SENARAI PENYANDANG PUSAKA LUAK JEMPOL (LUAK TANAH MENGANDONG)

PENGHULU LUAK JEMPOL
 
Gelaran            : Dato’ Paduka Lela Putera Setiawan
Penyandang      : Dato’ HajiMohd Hashim bin Dato’ Abdullah, DPTJ, JSD, DNS, JP, PJK
Suku                : Biduanda Pasak


DATO'-DATO' LEMBAGA LUAK JEMPOL
 
1.      Gelaran                  : Dato’ Syahbandar
Penyandang            : Haji Ali bin Haji Naam
Suku                      : Biduanda Pasak


2.      Gelaran                  : Dato’ Paduka Tuan
Penyandang            : Zulkifli bin Ibrahim
Suku                      : Biduanda Pasak


3.      Gelaran                  : Dato’ Lela Raja
Penyandang            : Haji Alias bin Abdul Karim
Suku                      : Tiga Batu Lela Raja


4.      Gelaran                  : Dato’ Seri Amar Menteri
Penyandang            : Mejar (B) Haji Shahar bin Nayan
Suku                      : Tanah Datar


5.      Gelaran                  : Dato’ Maharaja Setia
Penyandang            : Shith bin A. Razi
Suku                      : Tiga Batu Maharaja Setia


6.      Gelaran                  : Dato’ Setia Raja
Penyandang            : Haji Mokhtar bin Haji Suak
Suku                      : Tiga Batu Setia Raja


7.      Gelaran                  : Dato’ Setia Pahlawan
Penyandang            : Mejar (B) Haji Mohamed Zain bin Yaacob
Suku                      : Seri Lemak Pahang



8.      Gelaran                  : Dato’ Raja Senara
Penyandang            : Haji Ishak bin Haji Hassan
Suku                      : Seri Melenggang


9.      Gelaran                  : Dato’ Umbi
Penyandang            : -
Suku                      : Biduanda Waris


10.  Gelaran                  : Dato’ Besar
Penyandang            : Haji Abdul Rani bin Dolah
Suku                      : Batu Hampar


11.  Gelaran                  : Dato’ Setia Penghulu
Penyandang            : Ujang bin Samat
Suku                      : Tiga Nenek


12.  Gelaran                  : Dato’ Seri Pahlawan
Penyandang            : Bakri bin Abdul Latib
Suku                      : Anak Acheh


13.  Gelaran                  : Dato’ Sura
Penyandang            : Mohd Razali bin Abd Latib
Suku                      : Paya Kumbuh


14.  Gelaran                  : Dato’ Komo
Penyandang            : Ramlan bin Johan
Suku                      : Mungkal


------------------------------------




Judul : Jejak Adat Perpatih Luak Jempol
Susunan : Jawatankuasa Penyelidikan dan Pembangunan Warisan Adat Perpatih Luak Jempol
Penerbit : Lembaga Muzium Negeri Sembilan
Mukasurat : 185


Buku ini menyingkap sejarah Luak Jempol, pentadbiran adat di Luak Jempol, suku-suku yang terdapat di Luak Jempol dan Adat Istiadat yang diguna pakai di Luak Jempol.

Kandungan :

BAB 1
  1. Peta Negeri Sembilan
  2. Secebis Latar Belakang Penubuhan Negeri Sembilan
  3. Luak Tanah Mengandong, Negeri Yang Sembilan
  4. Sejarah Luak Jempol
  5. Kedatangan Perantau Minangkabau 1457 - 1476
  6. Sejarah Kuala Jempol
  7. Sejarah Peneroka Awal Ulu Jempol
  8. Adat Perpatih Berkembang Di Luak Jempol
  9. Peninggalan Sejarah
  10. Menjemput Penghulu Luak

BAB 2 : ADAT ISTIADAT
  1. Penubuhan Tamadun Adat Perpatih Luak Jempol
  2. Meniti Perubahan Alaf Baru
  3. Istilah Adat
  4. Gambar Dato'-Dato' Lembaga Bersama Penghulu Luak

BAB 3 : TADBIR

Sejarah Suku
  1. Suku Waris Biduanda Pasak
  2. Suku Biduanda Mendatang
  3. Salahsilah Dato' Batin (Beradat) Luak Jempol
  4. Suku Biduanda Waris
  5. Suku Tiga Batu Lela Raja
  6. Suku Tanah Datar
  7. Suku Tiga Batu Maharaja Setia
  8. Suku Tiga Batu Setia Raja
  9. Suku Mungkal
  10. Kemasukan Semula Perut Kampung Bukit ke Perut Keru
  11. Pilihan Untuk Menggantikan Pusaka Dato' Komo Lembaga Suku Mungkal, Luak Jempol
  12. Suku Seri Lemak Pahang
  13. Suku Seri Melenggang
  14. Suku Batu Hampar
  15. Suku Anak Acheh
  16. Suku Tiga Nenek
  17. Suku Paya Kumbuh
  18. Dato' Dagang
  19. To' Pawang

BAB 4 : ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN
  1. Konsep Perkahwinan Dalam Adat
  2. Adat Pinang Meminang
  3. Adat Istiadat Perkahwinan 
  4. Hari Langsung atau Olek
  5. Hari Bertandang atau Menyalang
  6. Perkahwinan Tak Lazim
  7. Konsep Orang Semenda Dan Tempat Semenda
  8. Adat Bercerai
  9. Adat Turun Sehelai Sepinggang
  10. Pantang Larang Pemimpin (Dato' Lembaga)
  11. Surat Pemasyhuran Kadar Baru Mas Kahwin (Mahar) Dan Pemuliharan Adat Dalam Perkahwinan Di Luak Jempol

BAB 5 : HARTA
  1. Pembahagian Harta Suami Isteri, Harta Dapatan, Harta Dibawa dan Harta Carian (Sepencarian)
  2. Pusaka Adat Hak Soko Dan Bela Pelihara Kaum Lelaki

BAB 6 : SOSIAL MASYARAKAT
  1. Semenda-Menyemenda Dalam Adat Perpatih
  2. Istiadat Kerjan Dato' Penghulu Luak Dan Dato' Lembaga
  3. Susunan Pentadbiran Adat Perpatih Yang Digunapakai di Luak Jempol
  4. Persiapan Rumah Untuk Sesuatu Upacara
  5. Pengertian Dalam Adat Perpatih
  6. Kematian Dato'-Dato' Lembaga

BAB 7 : PELBAGAI

Hukum Jenayah Adat
  1. Sistem Hukum Jenayah Adat Menurut Perspektif Adat Dan Syarak
  2. Pentadbiran Tanah Adat

Sesiapa yang berminat untuk mendapat buku ini, sila hubungi saya melalui emel atau borang pesanan untuk tempahan.

HARGA : RM50.00
Anak Rembau
SENARAI PENYANDANG PUSAKA LUAK ULU MUAR (LUAK TANAH MENGANDONG)


PENGHULU LUAK ULU MUAR

Gelaran            : Dato’ Bendahara Setia Maharaja, Setia Maharaja Lela Pahlawan
Penyandang      : Dato’ Haji Mansor bin Yusof, DNS
Suku                : Biduanda Waris Lantai Kulit



TIANG BALAI PENGHULU


1.      Gelaran                  : Dato’ Perdana
Penyandang            : Abdul Khalid bin Haji Ujang, PJK, JC
Suku                      : Biduanda Waris Lantai Kulit Perut Gemetir


2.      Gelaran                  : Dato’ Perba
Penyandang            : Hafizul bin Roslan
Suku                      : Biduanda Waris Lantai Kulit Perut Kayu Ara


3.      Gelaran                  : Dato’ Syahbandar
Penyandang            : Haji Rosli Haji Abd Rahman, PJK
Suku                      : Biduanda Waris Lantai Kulit Perut Kayu Ara


4.      Gelaran                  : Dato’ Baginda Maharaja / Haluan Sembah
Penyandang            : Haji Samah bin Haji Abas, PJK
Suku                      : Seri Lemak Pahang



LEMBAGA YANG EMPAT

1.      Gelaran                  : Dato’ Paduka Besar
Penyandang            : Muhamad Darus bin Shamsuddin, PMC, PJK
Suku                      : Tanah Datar 48


2.      Gelaran                  : Dato’ Seri Maharaja
Penyandang            : Haji Khalid bin Bonget, ANS, PPT, PJK
Suku                      : Mungkal


3.      Gelaran                  : Dato’ Senara Muda
Penyandang            : Haji Ramli bin Haji Abdul Rahman
Suku                      : Seri Lemak Minangkabau


4.      Gelaran                  : Dato’ Orang Kaya Bongsu
Penyandang            : Mansor bin Haji Sahame
Suku                      : Seri Melenggang


LEMBAGA DELAPAN

1.      Gelaran                  : Dato’ Peda Maharaja
Penyandang            : Haji Brahan bin Sulaiman
Suku                      : Tiga Batu


2.      Gelaran                  : Dato’ Senara Angsa
Penyandang            : Ibrahim bin Dato’ Haji Ali
Suku                      : Batu Belang


3.      Gelaran                  : Dato’ Orang Kaya Kecil
Penyandang            : Haji Aladzhar bin Abdul Khalid
Suku                      : Anak Acheh


4.      Gelaran                  : Dato’ Senara Kaya
Penyandang            : Haji Idris bin Tain
Suku                      : Paya Kumbuh


5.      Gelaran                  : Dato’ Maharaja
Penyandang            : Haji Ghazali bin Md. Yusof
Suku                      : Batu Hampar


6.      Gelaran                  : Dato’ Bangsa Balang
Penyandang            : Mohamad Dahlan bin Haji Alias
Suku                      : Seri Lemak Pahang


7.      Gelaran                  : Dato’ Maharaja Lela
Penyandang            : Haji Adnan bin Haji Mohd Sharif
Suku                      : Tiga Nenek


8.      Gelaran                  : Dato’ Baginda Raja
Penyandang            : Mohd Nor bin Mohd Yusof
Suku                      : Biduanda Sungai Ujong



PENYANDANG BAGI SUKU-SUKU YANG LAIN

1.      Gelaran                  : Dato’ Penghulu Dagang
Penyandang            : Mohd Zali bin Kasim
Suku                      : Biduanda Jawa

2.      Gelaran                  : Dato’ Orang Kaya Muda
Penyandang            : Abu Aziz bin Abdul Rashid
Suku                      : Seri Lemak Minangkabau


3.      Gelaran                  : Dato’ Perdana Tanah Datar 80
Penyandang            : Haji Husin bin Amin
Suku                      : Tanah Datar 80


4.      Gelaran                  : Dato’ Semaharaja
Penyandang            : Haji Mohammad bin Md Yassin
Suku                      : Mungkal
Related Posts with Thumbnails